11 November 2012

Assalamualaikum...





Love never fails… ingat tu.”

“Siapa cakap?! Pernah je gagal. Aku berapa kali putus cinta.” Mika menjawab.

Ukail menjulingkan matanya ke atas.

“Cinta ni ada banyak jenis, banyak bahagian…”

Means? Terbagi kepada banyak cabang?”

“Pandai pun. Mesti kecik-kecik mak kau bagi kau minum susu lembu cap afrika kan?”

Sengal… hamsap… semua mamat mangkuk ni! Mika mengutuk.

“Ok, aku sambung ya…. Cinta ada banyak cabang. Cinta pada kawan, pada mak ayah, pada kucing-kucing kau yang gemuk mengalahkan bapak gajah tu. Pada kekasih kau dan cabang yang paling penting ialah pada tuhan…”
Mika tekun mendengarnya.

“Cinta yang aku maksudkan tu bukan cinta cap monyet macam kau tu! Cinta yang aku maksudkan cinta pada tuhan. Cinta yang kekal dan hakiki. Sebabnya tuhan takkan pernah khianati cinta kita dan takkan pernah tinggalkan kita masa kita tengah bersedih atau dalam kesusahan. Kalau kita susah, kita pergi mengadu domba dengan Dia… pernah dia cakap tak boleh, aku busy. Lain kali kau cakap dengan aku. Ada tuhan buat macam tu? 

Well, of course la tuhan tak bercakap macam kita. Maksud aku setiap masa, setiap tempat. No limit for us to talk to him. Kau cakap je kau nak Ferrari sepuluh biji tapi bapak kau tak nak bagi. Tuhan dengar je. Cuba kau cerita dekat kawan kau, conform dia baling kerusi kayu dekat kau sebab tension dengan tahap pemikiran sengal kau tu.”

Mika ketawa. Betul tu…

“Kalau kau sedih, sakit, kena timpa bencana… perkataan pertama apa yang akan terkeluar dari mulut kau? Ukail menyoal.

“Allah.” Sepatah Mika menjawab.

Ukail tersenyum. Tak melanjutkan kata-katanya… dia tahu Mika sudah mulai sedar akan ‘sesuatu’ dan dia tak nak ganggu konsentrasi Mika dalam menggapai makna yang cuba dia sampaikan.

Mika diam lagi. Tengah cerna ‘ilmu’ yang dia baru dapat agaknya. Hurmm, mungkin bukan baru dapat kut. Ilmu tu sebenarnya dah lama ada dalam diri dia tapi mungkin dia terlalu taksub dengan dunia dia, sampaikan ilmu asas yang satu tu dia terlupa.

Cinta pada Tuhan.


------------------------------

Akan datang...

Cerita Pendek saja...

Bila??

Eheh...

Entah la... :)